Thursday, April 25, 2013

PROGRAM SEKOLAH LESTARI


 
Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di antara
Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institusi Alam Se kitar dan Pembangunan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005.
Terdapat empat (4) komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu
pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Secara dasarnya program ini
merupakan payung kepada semua aktiviti -aktiviti berasaskan alam sekitar di sekolah
seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Program Eco -Youth,
Program RE & EE (Renewable Energy & Energy Efficiency), Program Keceriaan Taman,
Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula), Kem
Kesedaran Alam Sekitar dan aktiviti -aktiviti alam sekitar yang lain. Program ini bertujuan
untuk membantu sekolah memperkukuhkan program -program pendidikan alam sekitar
yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan
semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak
swasta dan badan bukan kerajaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...