Thursday, April 25, 2013

Pembestarian Sekolah

 
 
 
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).
 
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
  • Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  • Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
  • Polisi
  • Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
  • Teknologi
  • Proses
sumber :http://www.moe.edu.my/btp/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...