Friday, April 19, 2013

Kisah Pohon Epal

      Pada zaman dahulu, hiduplah sebatang pohon epal besar di sebuah kebun. Setiap hari seorang kanak-kanak lelaki suka bermain-main di bawah pohon epal itu. Kanak-kanak itu suka memanjat pokok epal hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, dan tidur di bawah pokok epal yang rendang itu. Kanak-kanak lelaki itu sangat sayang akan pohon epal itu. Demikian juga pohon epal itu sangat sayang akan kanak-kanak kecil itu. Waktu terus berlalu. kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya. Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu. Wajahnya nampak sedih. “Mari ke sini bermain-main lagi dengan ku” kata pohon epal itu. “Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu. “Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buah ku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idaman mu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih. 

    Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi. Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.“Mari bermain-main dengan ku lagi” kata pohon epal.“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu. “Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahu kah kau menolong ku?” “Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan dan ranting ku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu. Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira. Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih. 

   Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi. Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.“Jom bermain-main lagi dengan ku” kata pohon epal. “Aku sedih” kata anak lelaki itu.“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan belayar. Mahu kah kamu memberikan aku sebuah kapal?”“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah belayar dan bersenang-senanglah. “Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diingininya. 

      Dia pun pergi belayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu. Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian. “Maaf anakku” kata pohon epal itu. “Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untuk mu.”“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk menggigit buah epal mu” jawab anak lelaki itu. “Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal. “Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk semua” itu jawab anak lelaki itu. “Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan pada mu. Yang tinggal hanyalah akar- akar ku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitiskan air mata. “Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu. “Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. 

     Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkan mu”. “Oooh, bagus sekali. Tahu kah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirahat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akar ku dan berehatlah dengan tenang.” Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon. Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya. Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua. Pohon epal itu adalah ibu bapa kita. Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita. Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. Tidak peduli apa-apa pun, ibu bapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia. 

       Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu, Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita. Mereka inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Mereka inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan kita berjaya dalam pendidikan. Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh daripada mereka, kita tak dapat lagi melihat mereka kerana mereka sudah tidur untuk selamanya. Rasakan lah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat . Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka untuk kebahagiaan kita. Cintai lah mereka, dengan sebenar-benarnya cinta. Ucapkan pada ibu bapa kita sekarang, betapa kita mencintai mereka, dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka mata, selamanya…..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...